Saturday, 18 June 2011

Take on Broga Hill II (June 18, 2011)

Cuti-cuti semester ini, amat bermakna jika diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti cuti sem kali ini saya dan rakan saya Along, cuba mendaki Broga Hill. Ini adalah pengalaman kedua bagi saya untuk mendaki sampai ke puncak Broga Hill. Pendakian kali ini berbeza dari sebelumnya kerana kali ini penunjung tersangat ramai. Ini adalah sebahagian pengalaman yang dapat di kongsi semasa di Broga Hill. Cheers~

Aku xdpt nk snap kt signboard Puncak Broga Hill. Org ramai gler .

Terjelir lidah. Mineral 500ml share 2 org.


Muke penat + mengantok


Along - Partner mendaki gua


SMS berbunyi :
           Aku  : "Mok, I da smpi puncak Broga Hill".
           Mok : "Ok. Selamat berBroga".


Gadis : Abg ni Aaron Aziz kan?
Aku : Eh, xla.Awk ni slh org ni.



Next time, Gunung Tok Wan pulak.

Monday, 13 June 2011

Exam dah habis!! Hip! Hip! Hooray!

Setelah menjawab tiga paper exam, akhirnya, tamat la pengajian untuk sem ini. Segala usaha dan kerja keras yang dilakukan, semuanya membuahkan hasil. Kepada rakan-rakan terima kasih di ucapkan kerana byk membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang sem ini. Selamat bercuti selama sebulan dan harap kita jumpa lagi sem depan rakan-rakan di UNISEL.

FYI : Baju 'THURSDAY' yg aku pki tu da ilang. Sape2 ade jmpe
minx pulangkan la ek.

Friday, 10 June 2011

Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah,Bandar Enstek

Pertandingan bola sepak 9 sebelah telah berlangsung pada hari sabtu lepas iaitu 28.05.2011. Skuad Persada Kasih adalah nama team saya, telah mendapat tempat ke- 3 dalam pertandingan tersebut. Semua pemain telah memerah segala kekuatan fizikal dan mental untuk bermain dalam perlawanan tersebut. Walaupun team kami tidak mencukupi bilangan ahli, namun komitmen yang diberi amat memberangsangkan.



Saya berjersi nombor - 3


Assistant coach, (paling depan) Ungku Aziz sedang
memiikirkan strategi.


Player sedang memerhati corak permainan team lain.



"Akulah makhluk Tuhan yang paling seksi." - Mulan Jameela




Tuesday, 7 June 2011

Fashion Show : All costume material based on recycle items.

Ni la assignment kedua yang diberi. Apabila fikiran dan idea lecture makin kreatif dan canggih, terhasil la satu assignment "Fashion Show" yang berasaskan barangan kitar semula. Setiap kumpulan telah diberi tema yang berlainan. Kumpulan kami telah diberi tema Ghosts and Vampire. Hanya 6 wakil dari kumpulan sahaja dijadikan model dan itu adalah peraturan yang ditetapkan. Hantu-hantu yang telah kami pilih adalah Zombie (Wan), Vampire (Kef), Mummy (Kimi), The Grim (Esyad), Evil Witch (Nad) dan Skeleton (Ja). Persiapan dan pelancaran program ini berjalan dengan lancar dan meriah. Kumpulan kami telah mendapat "The best costume". Cheers~hehehe

Persiapan sebelum bertukar jadi zombie

catwalk : Zombie & Evil Witch

catwalk: The Grim & Skeleton

catwalk: Vampire & Mummy

Ghosts and Vampire
The best costume (Mr. Faudzi dan Miss Naza sgt2 sporting!)


(group members of Siput Sedut)









Monday, 6 June 2011

Exam!

Peperiksaan untuk semester pendek dah start da..

Alat kelengkapan dan persiapan untuk menjawab exam:

pen (check)
pemadam (check)
pembaris (check)
slip exam. ni amat penting .(check)
kad matrik (check)
baju untuk jawab exam.(masih dalam pemilihan)
study (separuh telah berjalan)
otak (masih elok dan selamat digunakan)
jiwa (masih risau kenapa tidak risau pasal exam)
badan (berat dah naik kepada 70 kg)

Ok sume dah di atur. So dah bleh la jawab exam lepas ni. Hahahaha. Kepada kawan-kawan dia luar sana selamat menjawab exam ok! Cheers~

Study for Descrete Math

Monday, 23 May 2011

Jalan - jalan cari pasal kt Genting Highland.

Adakalanya cuti-cuti yg ada kita luangkan bersama rakan-rakan.Percutian kali ini dia memilih untuk pergi ke Genting Highland. Melepaskan segala tekanan sambil menghayati keindahan dan kesejukkan di Genting Highland amat sesuai untuk merehatkan diri, otak dan jiwa yang kacau. Kos untuk bermalam di hotel-hotel memang mahal tapi apa salahnya, setahun 1,2,3 kali kan. So, kemana korg akan pergi untuk cuti - cuti ni? hehehe Selamat membaca!


 
       Salah satu tempat special di genting (Batu Berayun)

 Pemandangan di taman tema pada waktu malam

                                             bergaya x?hahaha.

 Di lobi.Stone jap.Haha

   sama x?

Saturday, 21 May 2011

Aerobik. Oh! Aerobik.

Ni bukan sebarangan erobik.. Ini adalah erobik yg direka khas untuk melaksanakan satu tugasan assignment group yg diberi oleh lecturer mereka En. Faudzi untuk subjek HUMAN PERSONALITY AND TEAM BUILDING. Nama kumpulan mereka ini ialah Siput Sedut. Sedap dan menyelerakan kan nama kumpulan mereka? hehehe.Pada mulanya, mmg agak susah nk laksanakn tugasan ini. Tetapi dengan berkat kerjasama setiap ahli kumpulan, senaman erobik ini dapat juga dilaksanakan. terdapat video kami sewaktu latihan erobik di laksanakan. Selamat mencuba dan  selamat membaca....!




Sewaktu senam erobik dipersembahkan di atas pentas


Siput Sedut SDN. BHD.
                                   Siput Sedut group members

Muke xbleh bla punye!
                                      Wan. hehehe

Siput Sedut one more time.
   Ahli kumpulan Siput Sedut (dengan lecturer yg cool giler babi. Berbaju putih bertopi coklat) 


                                           inilah tarian erobik kami.